Friday, October 29, 2010

17.C. Thompson. Kartunis/penulis novel grafik antarabangsa.
















Selepas kejayaan novel grafik 'Blankets', namanya terus meletup.
Akibat ketekunan & ketelitiannya di dalam menjayakan mahakarya
epik ini, berkoyan-koyan anugerah tersohor dimenangi di arena
pengkaryaan komik antarabangsa. Terkini, baharu saja selesai
satu lagi potensi mahakarya yang pasti menjadi magnet 
kemenangan anugerah² elit malah kontroversial mungkin. 
'Habibi' bakal dihidangkan sebagai grafik novel berjumlah 
700 mukasurat.

.Penerbit mana yang bakal menerbitkan Habibi?
Pantheon. Kerja yang lama² masih bersama penerbit Top Shelf.

.Kini anda adalah artis freelance sepenuh masa?
Ya, buat pertama kali di dalam hidup. Dulu pada masa sibuk
menyiapkan Blankets aku juga berkerja bersama majalah 
Nickelodeon. Bayarannya juga lumayan.

.Rutin hidup anda sehari-hari bagaimana?
Bangun sekitar jam 5 pagi. Mula berkerja jam 7.30 pagi. Rutin 
sebegini aku lakukan selama lima atau enam hari seminggu.

.Begitu susah rasanya untuk menceburi diri didalam 
industri kartun.Adakah pernah anda terfikir untuk
melakukan bidang kerja yang lain ?
Tak juga. Selama hidup ini, aku dah banyak buat kerja² yang 
teruk. Kerja di fast food, kedai runcit, pasaraya macam². 
Waktu fasa hidup dulu, aku selalu akan berbisik kepada diri
mantra ini "Aku adalah kartunis". Walau aku dah berjaya secure 
beberapa job kecil melukis kartun, aku berkerja sepenuh masa 
sebagai pereka grafik. Kalau ada minat, anda cuma perlu buat
sahaja.

.Secara rasmi Habibi telah pun selesai?
Ya. Tapi masih banyak lagi proses pos-produksi macam
suntingan/rekaan/percetakan press. Boleh diikuti progresnya
di blog aku.

Sumber penulisan adalah terjamahan ringkas dari penulisan Brian Heater.
Untuk berita tersaheh sila layari blog Thompson di SINI.

Sedikit teaser Habibi, dari blog Craig Thompson.

Wednesday, October 27, 2010

16.S.McCurry. Fotojurnalis & pemenang anugerah emas Robert Capa.

















Setiap membaca entri terbaru beliau di blognya, pasti jiwa 
bergelora.Hampir semua foto adalah manesfitasi lirikan 
puitis simbiosis cahaya dan bayang. Malah ramai jurufoto 
cuba/berangan mahu mencontohi displin beliau, walau 
terpisah nyawa dari jasad, ketokohan beliau tetap satu 
di dalam sejuta.

 .Bagaimana boleh bermula kerjaya bersama Nat Geo?
Dari 1978-80 Saya ke India sendirian selama 2 tahun. Fokusnya
adalah untuk mengumpul portfolio peribadi. Selesai 2 tahun, 
saya kembali dan tunjukkan ia kepada editor. Bermula dari sini 
hubungan saya bermula dengan Nat Geo.

.Cita-citanya dahulu mahu berkerjaya sebagai apa?
Pada mulanya saya mahu menjadi pembikin filem, malah
sempat mengikuti jurusan pengarahan, lakonan, rekabentuk set
di institusi pengajian. Entahlah bagaimana lebih suka pada solitari
dunia fotografi. Saya lebih suka bekerja & melilau seorang diri
meneroka dunia sekeliling.

.Selain potret Sharbat Gula yang terbit pada tahun 1985, 
apakah antara hasil kerja anda yang menarik & mencabar?
Hasil kerja pada masa Perang Teluk tahun 1992. Begitu banyak
peristiwa & momen yang cukup perit. Saya bertugas selama 
3 bulan & banyak foto² yang terbaik saya terhasil di sana.

.Pengalaman² mencabar yang sukar dilupakan.
Cukup banyak. Di Yugoslavia pesawat kecil yang  dinaiki terbalik
dan menjunam jatuh di tasik yang amatlah sejuk. Nasib baiklah
masih boleh berenang keluar. Cuma mata tercalar sikit. Di
Afghanistan, bilik hotel saya diceroboh askar² pemberontak & kepala
saya diajukan senapang di dalam jarak sifar.

.Sudah berapa kali kunjungan anda ke Malaysia?
Empat atau lima kali rasanya. Pernah datang untuk tugas korporat,
seminar fotografi untuk client dan juga projek buku sehari di
dalam kehidupan warga Malaysia.

Untuk menikmati pengalaman cahaya & bayang beliau silalah klik sini

Tuesday, October 26, 2010

15.H. Hafidz. Artis rakaman, pemain gitar, komposer & penerbit.

Pix credit:RN
Dia adalah seorang individu yang bervisi dan teliti. 
Bersama Hujan, selesai merakamkan lagu 'Tunggu Sekejab
lewat karya Arwah Tan Sri P. Ramlee menerusi kompilasi tribut 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti: Satu Indiepretasi'
bersama stesen radio XFM. Ikuti serba ringkas temubual, pengasas studio Kamar Seni di dalam menelusuri kerjayanya.

.Dalam banyak² pilihan gitar, kenapa Godin.
Sebab Godin versatile, then tak ramai pakai, so aku boleh exclusifkan appearance guitar tu especially kat Malaysia.

.Sudah ada berapa banyak koleksi gitar?
5 Godin ( Summit CT, LGXT, LGX-SA, Session ) , 1 Valley Arts 
Standard & 1 Fandecc AG COCO Signature Series.

.Suka part mana, tulis lirik atau terbit/compose lagu?
Terbit/Composing kot? tapi aku lebih kepada produce & 
music arrangements, enjoy!

.Siapa dia pemain gitar yang menjadi inspirasi?
Ramai la. Semua best! aku tak best pun sebenarnya, tapi 
try so hard la. HEHEH..tapi yang banyak mempengaruhi aku, 
Steve Lukather, Vai & SRV. Gila mainstream!

.Kegiatan seharian, sibuk produce atau jamming 
lagu utk show/reherasal.
Hari-hari aku mmg dalam studio..kalau tak produce,tak arrange 
lagu, aku praktis/study music arrangement,tulis skor..
sebab kalau tinggal benda ni nanti skill aku hilang.

Allahyarham memeran watak Joe Labi

Sunday, October 24, 2010

14. G.Benson. Artis rakaman, pemain gitar & lagenda hidup.


















Di Jepun, beliau dikenali dengan gelaran King George kerana 
status lagendanya. Beliau terkenal sebagai gitaris rakaman
kepada pelbagai artis sensasi seperti Miles Davis, 
Herbie Hancock, B.B King, SRV, Wes Montgomery & ramai lagi.
King George bakal bermain di Malaysia pada 29 & 31 Oktober ini.

.Anda pernah merakam bersama Miles Davis untuk album 
'Miles in The Sky'.Bagaimana pengalamannya.
 Miles pernah tanya kepada aku 'Apabila kau main gitar, 
apa sebenarnya yang kau fikir'-  sepatutnya aku yang tanya
soalan itu pada Miles. Terbalik pula, tetapi Miles ialah
seorang manusia yang fokus dan tenang.

.Anda sebetulnya adalah pemilik gitar Gibson L5 
Florentine yang  sebelumnya adalah milik Wes Montgomery.
 Ya. Dulu masa sesi rakaman aku pernah duduk dengan 
Wes & mainkan gitar itu. Sempat aku milikinya tetapi 
sekarang gitar itu adalah milik Lee Ritenour
Tahun lepas aku lelongkan.

.Jadi anda adalah seorang pengumpul gitar vintaj yang serious?
 Oh tidak. Suka kumpul tetapi tidaklah sampai terlalu obses sangat.
 Dalam koleksi aku ada beberapa seperti : D'Angelico, D'Aquisto
 Emperor, Super 400, Stromberg, Stuart 500 & Gibson Johnny Smith.

 .Anda suka mainkan gitar jenis hollowbody dan archtop?
 Untuk jazz bagusnya gitar yang sebegitu. 

.Masih lagi berkerjasama dengan Ibanez?
 Yup. Kerjasama ini dah pun berlangsung selama 30 tahun.
 Setiap kali masanya ulangtahun, Ibanez pasti akan buat kejutan
 istimewa pada gitar signature series aku, Ibanez GB.

*artikel ini disusun & diterjemah dari majalah GUITAR AFICIONADO
 vol 1, No.3 hasil tulisan Alan di Perna.


Saturday, October 23, 2010

PO. Sg Kuantan, Pahang. Nadi satu identiti.


















Menelusuri laluan Sg. Pahang diwaktu matahari panas 
merembang  adalah kenikmatan yang memeritkan.

Sungai ini yang lama menjadi identiti bandar Kuantan, 
berdetik dengan tarikan ekonomi tersendiri.

Ia adalah laluan pintu keluar utama lebuhraya ke Laut
Cina Selatan. Para nelayan begitu tekun & sibuk dengan
aktiviti seharian membanting tulang, memecah 
keringat buat usaha menguak rezeki.

Baik manusia, haiwan & tumbuhan saling berjuang 
mempertahankan survival diri , merasa nikmat
kurnia Ilahi.

Maka benarlah bahawa setiap ketamadunan baik 
kuno atau moden harus bermula disebuah muara 
sungai kerana ia berbusa dengan sumber hakiki kehidupan.

 *rm15 dikenakan untuk satu jam perjalanan rivercruise di Sg Kuantan.

Thursday, October 21, 2010

13.JR.'Photograffeur' & Pemenang anugerah TED 2011
















Seorang jurufoto berwibawa dan bersemangat kental seperti 
JR ini pastilah mempunyai 'testis' yang besar. Jarang ada
seorang jurufoto jalanan seberani beliau yang mempamerkan
hasil² potretnya di jalanan, tiang² dan dinding² di sekitar
kota singgahannya.

Karier JR bermula apabila dia terjumpa sebuah kamera 
dilorong subway Paris. Dari 2002 hingga kini , JR 
sungguh aktif memburu 'subject matter' di jalanan 
sambil memujuk mereka membikin seraut wajah lucu 
untuk diketik kameranya.

Antara kota singgahannya adalah Paris, Palestin, Israel,
Africa & Brazil. Fokusnya berpusat di kawasan setinggan.

Tahun ini, TED memberikan anugerah prestijnya kepada 
JR atas kesungguhan dan kegigihan beliau. Menariknya
beliau sendiri tidaklah berusaha atau berkeinginan
meminta grant dari TED.

Tahniah JR, kerana sesungguhnya watak seperti kamu 
adalah sosok misterius yang berhati emas kepada 
semua warga dunia.

*untuk pembacaan lebih lanjut tentang anugerah TED dan juga 
daftar pemenang² yang lalu bolehlah klik di sini

Hasil JR yang terpamer di dinding tinggi Palestin.

Sunday, October 17, 2010

12.R.Benny & M.Mirsad(Mice). Kartunis & penulis strip kartun.

 Di Malaysia , Zunar & Lat adalah contoh terbaik kartunis yang peka kepada keadaan sosial tempatan. Walau kedua² mereka mempunyai
kaedah humor yang berkontras tetapi titik persamaan tetap bertemu. Mereka berkarya lewat kertas putih, dakwat, pensel & kritik sosial 
yang menikam. Seperti kedua tokoh kartunis dari Indonesia ini, mereka turut berkarya dari acuan sosial yang sama. Berikut petikan temubualnya.
  


 .Cerita kelahiran strip bersiri Benny & Mice?
Ada dari redaksi Kompas, Mas JB Christanto & Mas
Efix Mulyadi menawar kita berdua mengisi strip Kompas
di hari Minggu. Asalnya mereka tertarik dengan
karya Lagak Jakarta. Tahun 2003 kita siap terbit.

.Seperti apa kartunnya?
Rujukannya dan kritikannya adalah dari dalam diri kita berdua ya.
Kita campurkan bahasa baku Indonesia, bahasa gaul & Inggeris
sekalian di dalam dialognya.

.Antara kedua² watak, siapa yang lebih tolol?
Kita tidak pernah 'set' dari awal siapa harus bagaimana. Awalnya
kedua² tolol. Kelamaan si Mice yang lebih asik ditolokan haha...

.Ada pesanan di dalam kartun anda?
Bukan pesan secara khusus seperti ekstrim mengkritik secara 
langsung. Gak. Kita cuma mengajak mentertawakan diri sendiri.

.Pilihan bercuti mahu dimana?
Terus terang kita belum pernah ke luar negeri. Tetapi favoritenya
Bali, lebih ke Ubudnya.

*Artikel diterjemah dari majalah National Geographic Traveler (Julai)
versi Indonesia oleh penerbit Kompas Gramedia.

Terselit 1 ode kepada Upin & Ipin.

Friday, October 15, 2010

Trivia. 5 fakta rawak: filem Empire Strikes Back.[1980]

























Hari ini, usaha untuk mendapat bahan & menumubual tokoh 
langsung gagal. Maka terlahirlah idea untuk menulis satu 
entri trivia. Dimulakan dengan filem ini yang termasuk di 
dalam daftar pilihan filem terbaik opera angkasa
enam episod hasil imaginasi George Lucas. Jangan terkejut 
Carrie Fisher yg memainkan watak Puteri Leia , mengakui 
bahawa ketika pengambaran ESB di set planet ais(Hoth), 
dia aktif menyedut dadah jenis kokain.

.Nama Yoda pada asalnya adalah Buffy. Atau nama 
panjangnya yakni Bunden Debannen

.Darth Vader sepatutnya memiliki istananya sendiri.
Seperti watak Mum-ra, istana Vader ini dikelilingi oleh lava 
& gargoyle sebagai binatang peliharaan.

.Vader pada asalnya bukanlah bapa kandung Luke
Pada draft pertama Anakin bukanlah bapa Luke, dia hanyalah
pahlawan Jedi watak sampingan saja.

.Stanley Kubrick hampir² menyebabkan filem 
ESB ini tergendala. Ini disebabkan , Kubrick pada waktu
ini sibuk juga dengan mengarah filem The Shining , berlaku
sedikit kebakaran di studio yang dijadualkan bakal digunakan
oleh Lucas untuk filem ESB. Lucas terpaksa menunggu lebih 3
bulan bagi memulakan pengambaran.

.Pesawat Millennium Falcon dibina mengikut 
skala saiz sebenar jet pejuang. Pada waktu ini, teknologi 
komputer dan CGI masih lagi belum maju berkembang maka 
para kru Lucas mengaplikasikan teknik Stop-motion
bagi merealisasikan kebanyakkan kesan khas.

*Trivia² ini dikutip dari buku terbaru dari penerbitan Lucasbook yang berjudul
The Making of Star Wars: The Empire Strikes Back nukilan J.W. Rinzler

Thursday, October 14, 2010

11. S.Pinera, ahli perniagaan & presiden Chile.













Menjadi ketua di dalam sebuah negara republik adalah satu 
tuntutan kerja yang bukan bebas tekanan. Krisis demi krisis
melanda, & tuan Pinera mendepaninya dengan solusi tersendiri. 
Krisis 33 orang pelombong yang terperangkap di San Jose, Chile 
membuktikan populariti kepimpinanya bakal meletup melepasi 
carta. Petikan beberapa kata² Pinera pasca-krisis  yang 
berakhir semalam.

.Kepada pemberita pada sidang akhbar di San Jose.
Selesainya operasi menyelamat ini, membuktikan kami warga
Chile menampilkan sisi yang terbaik kepada dunia.

.Pengalaman sepanjang operasi.
Satu malam yang cukup hebat buat semua warga Chile & seluruh
dunia yang bakal tidak dilupakan.

.Mengenai ketabahan semua pelombong yang terperangkap.
Saya merasa bangga untuk semua mereka yang menunjukkan 
satu contoh kekuatan dan kesetiaan.

.1 krisis yang menuntut kpd kaedah penyelesaian yang inventif.
Saat pelombong pertama selamat dikeluarkan , ia benar² membuat
semua rakyat Chile bangga.

.Keseluruhan operasi.
Kami komited untuk mencari & menyelamatkan mereka
malah pihak kami telah pun berjaya membuktikannya!

*Dipetik & diterjemah dari sumber ajensi dpa.

kredit foto: Agensi

Tuesday, October 12, 2010

10. B. Howerdel, artis rakaman, komposer/penerbit , pemain gitar.

















Superband fenomena rock alternatif 'A Perfect Circle' telah pun 
kembali dengan formasi baru. Tanpa rekod label dan juga 
lagu baru, Billy Howerdel & Maynard Keenan setuju mahu 
kembali 'menganyang' aliran industri muzik trend sekarang.

.Di dalam industri muzik, nama anda terkenal terlebih 
dulu sebagai roadie band² kelas dunia.
Ya. Tujuan aku masuk industri pun bukan nak score kokain, 
groupies atau beli kereta Lamborghini dan pakai spandex. 
Semuanya bermula sebab banyak band bagus yang  memberi 
pengaruh kepada aku. Contohnya The Cure & Pink Floyd...
Robert Smith adalah ahli muzik pilihan aku.

.Sekarang, pasti aktif dengan rehearsal?
Yeah. Josh & Mat McJunkins (bassist baru) dengan aku tgh dalam 
proses adaptasi. Banyak lagu kami jamming dari album  
Mer De Noms & Thirteenth Step.

.Selepas lima tahun band ini senyap, pasti dah bertambah 
kultus peminat anda?
Entahlah. Kami semua telah lama memandang rendah keupayaan internet.

.Waktu awal anda mainkan lagu Passive, secara tak sengaja 
Trent Reznor tidak berpuas hati dengan anda & Maynard. 
Puncanya?
Ya. Dia memang ada sikit tak puas hati. Secara peribadi aku pun tak
berapa lepak dengan dia. Nak lagi, lagu itu sebenarnya adalah idea
Danny Lohner. Tapi sekarang kes itu dah senyap.


.Sekarang , band ini sudah tak ada label. Jadi lagu² lama 
masih dimiliki oleh Virgin?
Aku rasa ya, Virgin records masih memiliki semua masternya.


*Formasi terkini APC 2010 adalah: Billy Howerdel, Maynard James Keenan,
Josh Freese, James Iha, and Matt McJunkins. Artikel diterjermah dari antiquiet.com

Kredit kepada Skwerl.

Kredit foto: Island Records

Monday, October 11, 2010

P0. Ingin tahu kehalusan seni pembikinan gitar Taylor.









Konnosiur gitar pasti kenal akan eksklusiviti jenama gitar akustik
Taylor dan ciri bunyinya yang khas.

Taylor Guitar Road Show bakal diadakan pada 18 Oktober depan.
Siri klinik penjelajahan seluruh dunia ini adalah anjuran khas
dari Taylor sendiri yang memilih Malaysia sebagai salah satu
destinasi hentiannya.

Para perserta akan diberikan pendedahan tentang proses pembikinan
gitar oleh tenaga pakar yang dibawa khusus dari El Cajon, California.

Kepada yang hadir, dijanjikan dengan mendapat langganan percuma
e-majalah 'Premier Guitar'(sementara stok masih ada) berserta 
alatan TaylorWare & tali gitar berjenama Elixir. Anda juga 
berpeluang untuk menyertai peraduan dengan hadiah unik iaitu ,
membina sendiri gitar 'custom' anda dari Taylor.

Kepada peminat tegar alat muzik gitar, jangan mensia-siakan peluang
yang jarang ini. Info lebih lanjut sila ke sini.

Sunday, October 10, 2010

09.Talib.Peniaga , pembancuh minuman & cendol.
















.Berapa lama dah berniaga disini?
Ada dekat² 20 tahun. Mula berniaga disini sejak dari sekolah lagi.
Tolong² datuk.

.Memang meniaga minuman sejak dari dulu?
Dulu aku jual air sejuk saja macam sirap,air jagung, lengkong dengan
ais kacang. Air panas tak buat. Kira sejak pindah meniaga di 
tapak ni baru tambah menu. Buat air panas kopi, teh dengan
cendol semua.

.Pernah buat kerja lain selain berniaga air?
Pernah, sekali saja. Waktu dulu pernah kerja dengan Plus.
Jaga pondok tol di Juru.

.Berapa lama?
2 tahun. Berhenti sebab nak tumpu pada perniagaan sendiri balik. 
Tak boleh kerja dengan orang. Mau kerja sendiri jugak.

.Hari apa yang paling ramai terima pelanggan?
Hari Ahad. Dulu masa zaman awal² berniaga di sini, penuh orang
bila hari minggu, dari jam 10 pagi lagi dah ramai orang datang
beratur beli tiket wayang filem Melayu & Hindustan. 
Masa tu memang mahsyukla...

Saturday, October 9, 2010

08.Selamat hari lahir Sang Pemimpi. Kami merinduimu.
















Hari ini genap 70 tahun usia kelahiran penulis lagu, lirik ,
ikon budaya & sang pemimpi John Winston Lennon. Pengaruh 
beliau melampaui segala sekatan agama & budaya.

Tepat pada tarikh ini 10 tahun yang lalu, sebuah muzium 
peringatan John Lennon didirikan di Saitama Super Arena
Chuo-ku, Saitama, Saitama Prefecture, Jepun. 

Di Muzium ini ada banyak memorabilia sang lagenda hasil simpanan 
balu beliau Yoko Ono.

Setelah sepuluh tahun beroperasi, tepat pada 30 September
yang lalu, muzium ini ditutup bagi menghormati syarat 
perjanjian pihak pengurusan bersama Yoko Ono.

Selama 10 tahun, ia menerima seramai 610,000 pengunjung dari serata dunia.

Selamat hari lahir John, segala kata-kata mu pasti tidak akan pupus 
walau dunia ini lebur. Blog ini dibina atas inspirasi dari salah satu 
judul lagu kamu:'Working Class Hero' yang di petik dari album 
John Lennon/Plastic Ono Band.

Moga kamu bahagia di sana.


*entri blog ini adalah terhasil dari nukilan puisi ajensi berita TT. Terima kasih
brader Isham untuk ingatannya.

Friday, October 8, 2010

07.Pak Din. Peniaga & pembuat Maruku

















.Berapa lama meniaga buat Maruku?
20 tahun. Berniaga kawasan masjid & pasar malam.

.Belajar buat Maruku dari siapa?
Arwah mak.

.Hari-hari memang akan keluar meniaga?
 Kalau sihat, hari-hari saya keluar meniaga. Kadang lajak sampai ke Penang.

 .Di Penang, pilih kawasan mana?
Tak tentu. Selalunya di Bayan Lepas, Sungai Ara, Taman Saadon, 
Bukit Jambul, Bukit Gedong. Selalu dekat-dekat area jambatan.

.Selain meniaga Maruku , ada buat apa lagi?
Waktu pagi kadang tolong anak berniaga kedai. Lepas dah selesai 
saya pula keluar meniaga. Kalau tak keluar meniaga, saya jaga 
ayam dan itik di reban dekat rumah. Bagi makan sambil-sambil 
bersih apa yang patut.

Thursday, October 7, 2010

06.K.Leonard Albert. Penerbit muzik, multi instrumentalis & artis rakaman.

Pix credit: Virgin Records















  



Tak kisah walau di mana sibuknya aktiviti Lenny, dia pasti akan pulang ke Bahamas buat mencari ilham muzik di studio peribadinya di pulau Eleuthera. 'Satu terapi buat mengusir tekanan' jelasnya tenang.

.Kenapa memilih Bahamas?
Datang ke sini sejak aku umur 2 tahun. Kami sekeluarga akan 
berkumpul disini setiap perayaan Krismas & musim panas.

.Ada sejarah lampau tersendiri?
Iya. Datuk yang berasal dari Inagua pernah berkelana dan singgah di 
Nassau ketika dia berumur 10 tahun. Dari sini dia menyambung 
perjalanan ke Miami. Waktu tu dia hidup susah.

.Berapa keluasan tanah yang menjadi kediaman disini?
Sekitar 55 ekar. Aku beli masa awal 90'an. Waktu tu kawasan ini 
semak dengan lalang & hutan liar.Rencana awal hanya nak buat 
'shack' saja untuk rileks waktu senggang tapi lama² baki tanah 
yang ada, aku bina studio rakaman peribadi.

.Alatan rakaman apa yang ada di studio ini?
Nak masuk dalam studio ni, anda kena buka kasut. Pasir & alatan 
rakaman memang pantang. Studio dilengkapi dengan equipment 
vintage tube REDD 37 & konsul 4 trak Studder J37, 
konsul rakaman yang pernah digunakan distudio Abbey Road.

.Maksudnya alat rakaman ini pernah digunakan The Beatles?
Yup. Aku beli 18 tahun dulu selepas dapat tahu, studio Abbey Road 
nak jual. Di studio ni aku gabung bunyi vintage alatan lama seperti
tube & tape dengan alatan rakaman digital moden macam Pro Tools.

 *temubual ini disusun & diterjemah secara ringkas dari majalah GUITAR AFICIONADO vol2. no.2

Wednesday, October 6, 2010

05.Nasir. Tukang Promosi produk tenusu & oat.



















.Rutin kerja harian macam mana?
Setiap hari lepas lapor diri saya akan bergerak bersama produk
syarikat untuk buat sesi promosi percuma di lokasi-lokasi seperti 
pejabat & pasaraya. Pejabat disebelah pagi, pasaraya di waktu petang.

.Dah lama berkhidmat dengan syarikat?
Lama. Sudah 13 tahun.

.Kenapa pilih kerja ini?
Saya tak boleh kerja rutin pejabat. Sebab tu pilih kerja yang sebegini.
Memang rezekilah sebab syarikat panggil temuduga.

.Dulu pernah buat kerja apa?
Macam-macam. Jadi pomen, pengawal keselamatan, kerja kilang
banyak lagi dah. Lupa saya.

.Selama bekerja di dalam unit bergerak , dah berjalan dimana saja?
Unit saya ni hanya tumpu di bahagaian utara. Jadi saya cover paling 
jauh pun sampai Perak saja. Pulau Pinang, Perlis, Kedah & Perak ,
4 negeri ini sajalah yang jadi lokasi pilihan syarikat.

Tuesday, October 5, 2010

04. Johari. Tukang jahit/alter denime,bag & aksesori.















.Memang betul minat menjahit?
Masa mula-mula tak. Lepas dah keluar dari kursus jahit Giat Mara baru ada minat.

.Sebelum menjahit, buat kerja apa?
Kerja tentera dulu. Masa dekat² nak berhenti, pihak atasan ada bagi 
tawaran ikut kursus kemahiran di Giat Mara. 10 bulan berkursus.

.Masa zaman askar dulu ada buat tak kerja menjahit?
Tak. Memang tak minat pun. Tapi masa pembahagian kursus jahitan 
di Mara itulah yang buat saya minat. Selesai saja berkursus, 2 bulan 
lepas itu dah mula terima job.

.Tapak kedai masa mula² dulu dimana?
Awal² dulu kat stesen bas. 2 tahun lepas tu pindah di stesen teksi ni 
sampailah sekarang.

.Pendapatan?
Syukur. Tak pernah putus dapat job menjahit . Hari² ada orang 
hantar jeans,baju sekolah, beg-beg. Dah 18 tahun saya sara keluarga
dengan buat kerja ni.

Monday, October 4, 2010

03.Dek Wan. Penari tradisional & Artis Budaya.



















.Yang dikatakan artis budaya ini apa?
Nama jawatan. Selalunya buat persembahan tarian di majlis yang
melibatkan pihak istana & majlis rasmi kerajaan.

.Kerja ni sama ke macam kerja kerajaan?
Taraf masih kontrak. Dari segi gaji , gred dan perjawatan sama saja macam orang kerja gomen.

.Berapa lama dah kerja?
Lama...sejak dari tahun 1996 lagi.

.Rutin kerja macamana kalau tak ada majlis?
Hari-hari kena datang studio praktis menari. Macam itu sajalah.
Sekarang slow la sikit, tak macam dulu selalu attend function di luar negeri.

.Selesa berkerja macam ni?
Suka sebab dari kecik minat menari. Sebab pakej kerja pun macam
style gomen jadi oklah. Kadang penat juga lah kalau event tu berlanjut.

Sunday, October 3, 2010

02.Yus. Pomen Buggy golf.Technician.

















.Berapa lama keja dalam bidang pomen?
Training 6 bulan. Kerja dah masuk 2 tahun.

.Apa fokus keja?
Perbaik enjin buggy selalunya. Kerja pun tak tentu sebab kadang² 
company akan panggil pergi ke kelab² yang ada tournament.

.Suka bekerja dalam bidang ni?
Bolehlah. Pasal ada minat di dalam bab pomen ni. Banyak travel. 
Gaji pun oklah untuk orang bujang. Company pun stabil.

.Sebelum ni kerja selalu di kelab mana?
Sebelum ni banyak buat job di kelab² area KL & Selangor. 
Banyak sangat sampai dah tak ingat hehe..

.Tuntutan keja...
Biasa² saja. On standby. Kadang dalam sehari adalah 3 hingga 4 enjin 
yang kena settle sebab problem.

Saturday, October 2, 2010

01.T.Ozaki. Train driver & locomotive ethusiast.














. What inspire you to photograph locomotive and trains?
Because in 2 or 3 years near the future, all trains will be driven automatically. No actual human being will be piloting a train.So I want to photograph this dying occupation before it's demise.

. Which part/state of Japan did you drive the company's train?
Osaka.

. How long have worked as a train driver?
10 years.

. What is you passion in life beside doing photography?
Doing my daily job as a train driver. That is my ultimate passion in life.

. How many countries that you have been to in order to pursue you train photography hobby? 
Quite a few. Been to India, Indonesia, Europe, Russia but the one I remember most are Indonesia & India of course.