Saturday, November 27, 2010

PO. Bau² bacang Tom Waits & Mark Lanegan












.Kedua-duanya adalah vokalis berkelas 'cult' yang berbeza 2 generasi.

. Lanegan bukanlah seorang pelakon tetapi kedua² nya memegang
 jawatan singer/songwriter dengan penuh gaya.

.Punya tarikan vokal yang garau, kasar & berkarekter.

.Jarang kompromi suka ikut kapla sendiri.

.Membawa indentiti Amerika yang cukup kental. Kedua²
seharusnya berkerjasama di dalam satu projek rakaman.
Oh tunggu, Waits sewajibnya mengundang Lanegan menyertai
kelab rahsia 'The Sons of Lee Marvin' anjuran Jim Jarmusch.

Monday, November 22, 2010

PO. Malam Anugerah Jerit! 2010, Bkt Jalil.

Lima frasa yang mengambarkan perjalanan anugerah tersebut. 
Untuk ulasan terperinci boleh ke blog²,web,tweet arus perdana.

.Konspirasi kemenangan terancang...
.Klise pada tahap yang kejab...
.Di waktu senggang ramai yang kemaskini status tweet...
.Monopoli dominan femina...
.Sound memang sengaja kasi picah!

Pix credit:RN

Fleksibel
Dunia herbs lebih padu!
Mi spik no inglish...
Mau CUCI sapa...
Host hot!

Wednesday, November 17, 2010

PO. Selamat Hari Raya Korban. Ucapan selamat untuk mangsa korban periuk api, fotojournalis Joao Silva

Foto: Jerome Delay/AP
















Tarikh 23 Oktober yang lepas, adalah satu hari yang tidak mungkin
dilupakan oleh Joao Silva. Pada hari itu, beliau telah menjadi mangsa
korban perangkap periuk api di Afghanistan. Kedua-dua kakinya 
putus dari lutut ke bawah.

Trajedi ini terjadi ketika beliau sedang dalam tugasan fotogafi untuk
akhbar New York Times. Ketika kejadian beliau ada bersama-sama 
sekumpulan askar Amerika yang bertugas meronda kawasan kejadian.

Joao Silva adalah salah seorang ahli fotojournalis Bang-Bang Club 
yang dahulu berjuang untuk menarik perhatian dunia di Afrika 
Selatan berkenaan masalah Apartheid. Ada juga filem dengan judul 
yang sama diterbitkan dengan dibarisi bintang Hollywood Ryan Phillippe.

Hasil fotografi Joao Silva adalah berkelas dunia & keberanian beliau 
ketika di lapangan adalah yang tertinggi. Editor eksekutif NYT  
Bill Keller di dalam memo nya menulis "Ketika selesai letupan, 
Joao masih lagi  mampu dan mahu merakam foto kejadian. 
Mujur ada pasukan keselamatan berhampiran yang menangani 
kecelakaannya. Beliau kini sedang dirawat di Walter Reed 
Army Medical Center, Washington D.C

Kepada yang bersimpati dan mahu menghulurkan bantuan, bolehlah 
menderma dan juga membeli beberapa hasil fotografi beliau 
di websitenya.  Semoga kamu cepat sembuh & bersemangat untuk 
kembali bertugas Joao Silva!

Tuesday, November 16, 2010

19.S.Haliq Peniaga akhbar dan majalah.

















.Dah lama kan berniaga majalah & suratkhabar di sini?
Lama dah. Mula meniaga sejak dari arwah datuk lagi. Zaman awal² 
kemerdekaan Malaya tahun 57-58

.Perniagaan ini kiranya macam warisan turun temurun keluarga?
Iya. Macam tu la lebih kurang. La ni aku generasi ketiga yang jadi penerus.

.Sebelum mewarisi perniagaan ini, pernah buat kerja lain?
Ada. Lepas tamat belajar di kolej. Kerja di kilang. Tak tahan.
5 bulan saja. Lepas pada tu terus kerja di sini bantu bapak aku.

.Rutin harian macam mana?
Hari-hari buka kedai meniaga. Lepas subuh dah kena datang ke kedai 
susun suratkhabar. Hari Jumaat kerja separuh hari.

.Kalau hari² kerja bila masa amik cuti?
Cuti kalau time perayaan la. Raya puasa, tahun baru cina, krismas.
Masa tu pun sesetengan paper ada yang tak publish.

Friday, November 12, 2010

PO. Pecah Berita! Deftones bakal konsert @ Jakarta 8 Februari 2011
















Kumpulan dari Scremento ini akhirnya bakal singgah juga di Asia. 
Memetik dari website resmi Deftones, berita ini telah pun disahkan
dengan pengumuman rasmi 3 jam tadi.

Kini di barisi Chino Moreno, Stephen Carpenter, Frank Delgado, 
Abe Cunningham dan Sergio Vega, tampil dengan album studio
terbaru berjudul Diamond Eyes.

Walaupun tanpa pemain bass asal Chi Ceng yang masih koma
akibat kemalangan jalan raya. Deftones masih utuh berjuang
dengan formasi baru.

Promotor Java Musikindo Adrie Subono menjelaskan begini 
"Gue ngejarnya dari semenjak Agustus tahun ini. Udah pernah 
dapat tanggal tapi tiba-tiba nggak jadi. Akhirnya beberapa bulan 
lalu mereka kontak lagi dan nanya masih mau nggak.
Sampai akhirnya tadi malam mereka bilang ok.

 Tiket pre-sale akan dijual pada 27 November ini dengan harga
Rp200,000. Buat masa ini venuenya adalah di Tennis Indoor Senayan.

sila ke website resmi utk kepastian & berita terkini.




 

Tuesday, November 9, 2010

18.M.Jackey. Peniaga burger dan penggemar setia jeans Levi's.


















.Mula berniaga burger sejak bila?
Tahun 1979. Masa tu buat kerja dengan kawan. Berniaga
depan klinik kesihatan.

.Sebelum ni, ada pernah buat kerja apa?
Lepas habis belajar, adalah buat kerja kontrak sikit². Selepas tu 
makin lama, member pun ramai berhenti kerja kontrak. Jadi
ambil keputusan terus buat berniaga sendiri.

.Berapa lama berniaga burger dengan kawan?
Dari 79-85. Mula tahun 85 terus berniaga sendiri depan
Hong Kong Bank ni sampai sekarang.

.Apa istimewa burger di sini?
Saya masak burger semua pakai barang dari Ramly. Maknanya
guna produk tempatanlah. Lagi satu burger saya memang
tak penah letak mayonis dari saya mula berniaga lagi.

.Setia betul dengan Ramly.
Pernah dulu, wakil penjual dari Ramly buat bancian di sini.
Dalam keputusan bancian dia, SP ini paling banyak stall burger 
di Malaysia. Saya pulak pelanggan dia yang paling lama.

Friday, November 5, 2010

PO. ING New York City Marathon 2010

Edison Pena di acara sidang akhbar larian marathon New York.















Berita terbaru , selang satu hari menjelang acara larian marathon 
terkenal di Kota New York. Edison Pena salah seorang pelombong 
yang terperangkap di Chile mengesahkan akan turut serta.

Seorang peminat hardcore Elvis Presley, ketibaan beliau di kota 
metropolis ini menjadikan jadual hariannya padat. Pena turut 
dijemput menjadi tetamu  David Letterman dan juga mengisi 
sidang akhbar untuk acara Marathon ING.

Selepas selamat dari trajedi lombong, Pena berlari 6-7 batu  
setiap petang buat mengisi masa lapang & mengawal 
ketakutan dirinya sendiri.

"Saya mahu membuktikan kepada dunia yang saya mampu 
berlari, dan iya saya boleh lakukannya" jelas Pena yakin.

Acara larian gagasan Fred Lebow ini cukup mendapat perhatian 
peminat marathon seluruh dunia. Baik selebriti, atlet elit dan 
juga pelari amatur tidak ketinggalan mahu memeriahkan 
suasana bagi mengukur benchmark untuk ketahanan diri.

ING New York City Marathon bakal berlangsung secara resmi pada 7 November ini.
Selamat berjaya buat semua para pelari!

Tuesday, November 2, 2010

PO. 120 Malay Movies [2010] Oleh: Amir Muhammad, Matahari















Selesai kempen 'Di Mana Kan Ku Cari Ganti' selama sebulan 
di Astro, jadi boleh mula membaca buku tulisan terbaru 
Amir Muhammad. Fokus buku tu mungkin berbeza tapi 
benang merahnya adalah kepada Arwah Tan Sri P. Ramlee.

Klimaks pada kempen Astro ini adalah di siarnya dokumentari
tajuk 'P.Ramlee' yang diarahkan oleh Shuhaimi Baba.
Katanya ini adalah terbitan dokumentari yang pertama 
tentang P.Ramlee. 120 minit durasinya, rasa macam 
berlalu terlalu cepat.

Penulisan bahasa adalah di dalam bahasa Inggeris yang cukup 
mudah untuk difahami. Nyata , ia bukanlah satu buku akedemik 
atau pun memoir. Lucu, sinis dan padat pula dengan beberapa 
catatan trivia tentang semua 120 filem Melayu terbitan 
tahun 1948-73.

Sesiapa yang kenal akan gaya penulisan Amir pasti terhibur.
Fokus komentarnya banyak kepada sistem fuedal, politik, 
sosial, seks & ugama. Cuba beri perhatian kepada beberapa 
petikan dialog filem yang diterjemah oleh Amir ke Inggeris.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan buat penulis² teks skima subjek
sejarah sekolah menengah yang katanya mahu mewajibkan semua
pelajar lulus subjek ini. Syabas Amir kerana kenakalan penulisan
anda ini menggelitik & sekaligus membuka dimensi otak untuk
mencerna sejarah dengan laju! Amin...

Buku ini boleh dibeli dengan harga diskaun 20% di toko buku Borders atau
boleh juga dibeli secara transaksi digital di SINI