Monday, February 28, 2011

Congratulations gentlemen.

Pix credit: Daniel Barassi















[+] You lucky son of a gun. First time and you guys scored!

[-] HOLY SHIT doesn't seem enough...

[+] Should have change something...

[-] What is that exactly?

[+] My epitaph : "TRENT REZNOR: Died. Said 'fist f#ck' and 
 won a Grammy. Wrote 'C#cksucker' and won an Oscar."

Sunday, February 27, 2011

Top 5 Instrumental dari band bervokal.























Kadang semak jugak kepala kalau selalu sangat dengar kumpulan vokal 
bermuzik. Jadi cabaran aku minggu ini nak compile top 5 lagu 
intrumental dari kumpulan bervokal. Disini baru boleh buat benchmark 
kualiti craftmanship sesebuah kumpulan dalam bermuzik.

1.Pink Floyd - Marooned [The Division Bell]
 Satu nama sahaja yang menghidupkan lagu ini, DAVID GILMOUR
 Full stop!

2.NIN - Just Like You Imagined [The Fragile]
 Part piano solo oleh Mike Garson cukup menyihir. Pekat betul pengaruh
 Bowie. 

3.Deftones - Uuddlrlrabselectstart [Saturday Night Wrist]
 Susah betul nak bayang macamana Chino & co nak pronounce lagu ini. 
 Uniknya  lagu ini sebab dia agak lain dari karekter bunyi Deftones.

4.Metallica - (Anesthesia) Pulling Teeth [Kill 'Em All]
 Cliff Burton rules in this gem! full stop...

5.Dewa 19 - I.P.S [Terbaik-terbaik]
 Momen terhebat Andra Ramadhan. Lunak berkrim disukai ramai.

*top 5 ini diinspirasi dari watak Rob Gordon dalam 'High Fidelity'

Saturday, February 26, 2011

Foo Fighters - Wasting Light

























Ini dia cover kulit album terbaru Foo Fighters. Kalau diteliti discografi
album² , maka inilah pertama kali FF menjual wajah kacak mereka.

Art direction cover ini nampak macam dicilok dari The Strokes
Kings Of Leon tetapi versi yang lebih hodoh nampaknya.

Boleh abaikan kalau tak suka, apa sangatlah ada pada cover. Kandungan
itu yang penting. 

Fakta penting rakaman album ini ialah : Dirakam di garaj Dave Grohl
dengan sepenuhnya teknik analog. Tiada 'cut & paste'. Ada bantuan
Krist bassis & teman sepermainan Dave ketika Nirvana. Oh ya dan juga
Pat Smear kembali ke pangkuan juga akhirnya.

Paling penting ada sentuhan penerbit Butch Vig. Ertinya album ini adalah 
99 % hasil alumni Nirvana 'Nevermind' minus mendiang  
Kurt Donald Cobain. Lagu terbaru 'Rope' memang layan!

Rope by Foo Fighters

Friday, February 25, 2011

P.O. Apungan yowayowa

All pix credit: Natsumi Hayashi

















WOW! Inilah foto dan tabiat/hobi paling unik sekali yang pernah aku
lihat di blog. Memang mencengangkan!

Natsumi Hayashi, kamu memang benar² seorang gadis Jepun yang luar
biasa cerdas. Tatkala rakan sebaya kamu mungkin suka berblog ttg
tas tangan jenama mahal atau singgah restoran chic yang IN, tetapi kamu
tidak begitu.

Tambahan pula kamu, Natsumi kelihatan cantik bergaya apabila 
melompat terkawal dengan pakaian yang, oh... sungguhlah stylist. 

Kamu Natsumi cukup meyakinkan aku, bahawa ramai sebenarnya gadis²
Jepun yang cantik tetapi tetap mempunyai citarasa seni unik.

Sila klik ke yowayowa untuk aksi apungan sehari-hari Natsumi Hayashi 
yang cukup menginspirasi.
















Thursday, February 24, 2011

P.O :Kaunter Pertanyaan I Perbualan
















Memperkenalkan Steve Lambert. Seorang artisan. Aku malas nak 
cerita panjang pasal mamat ni. Kamu semua boleh klik di nama dia 
instead.

Jarang sangat nak cari manusia macam Steve lagi. Aku rasa inilah
idea yang sungguh genius sebab Steve tak kerek dan perasan bagus
kalau dia buat macam ini. Gratis lagi!

Jika kamu semua bertembung dengan mamat ni, silalah tanya apa 
saja soalan. Agama,politik,peperangan,seksualiti etc... aku yakin 
Steve akan jawab dengan jujur.

Satu saja cadangan untuk Steve. Nampak kalau macam boring sangat 
tunggu, carikan dia satu laptop atau tablet. Boleh menghibur & bazir masa
dengan cara bijak.

Harap² dekat lokasi tu, ada wi-fi jugaklah.

Monday, February 21, 2011

Trivia:Siapakah budak cute di cover album ini?

























Pemain bass keempat SP, adalah seorang wanita cantik yang 
bernama Nicole Fiorentino. Dan ya foto Siamese Dream adalah foto
Nicole sewaktu kecil. Boleh cuba teka yang mana satu Nicole...

Inilah antara berita aneh dan wicked yang pernah dibaca tahun ini.
Siapa sangka kejadian yang terlalu kebetulan sebegini boleh lagi 
terjadi.

Billy Corgan menjelaskan di Twitternya Jumaat lepas, Nicole mengaku 
padanya bahawa dia adalah salah seorang budak perempuan di cover 
album kedua SP.

Sebab sebenar Nicole baru membocorkan rahsia ini adalah kerana 
dia takut Billy akan mentah-mentah me'reject'dirinya dari menyertai 
SP sewaktu audition dulu.

Memang ini adalah satu trivia yang cukup mind boggling! Dah lama 
sangat dah tak peduli pasal SP sebab album baru dia dah tak lagi 
dengan lineup asal. Tapi selalu jugaklah heran kenapa Billy konsisten 
sangat mahukan pemain bass wanita hmmm...

*sumber berita dari NME

Pix credit: Armando Tovar

Sunday, February 20, 2011

Radiohead -The King Of Limbs

Diatas adalah foto publisiti terbaru Radiohead. 2 hari yang lepas
mereka telah pun berjaya menerbitkan album terbaru yang berjudul
The King of Limbs.

Ini adalah antara album Radiohead yang paling mengecewakan. Tak
tahu apa dah jadi dengan Johnny Greenwood sebab dia sudah tidak
lagi meliar ganas dengan Telecasternya.

Selepas berjaya download, aku baca analisis dan review album ini
di Antiquiet  & Gigwise. Cukup tak paham dengan perangai penulis
yang konon cuba mengupas tulisan mereka dengan cara yang oh
sangatlah puitis.

Bagi aku simple. This album is a load of bullshit actually. Sad fact is
they charge 6 pound for the digital download. Himpunan 8 lagu
rakaman baru yang terlalu minimalis & kontang.

Kepada Thom, tolonglah kembali ke pangkal jalan. Di bawah aku pautkan
lagu I'm Afraid of Americans yang dibawa secara brilliant oleh band
Shineski dari Peranchis. Dengar versi cover lagu  ini terus boleh mengubat luka.

I'm Afraid Of Americans by SHINESKI

Saturday, February 19, 2011

Cara inovatif inputkan password.

Foto credit: Fred Wu















Mungkin pernah terjadi sekali di dalam hidup yang password kamu
digodam. Cukup kecohla... kalau masalah ini terjadi. Habis segala
rahsia² peribadi kamu bakal kantoi.

Untuk mengatasi & memahami masalah ini kamu perlu rujuk kembali
puncanya. Mungkin sebab password² kamu adalah terlalu generic.

Ini ada satu kaedah tercanggih & ilusif kepada sesiapa yang mahukan
ciri keselamatan di dalam menginput password.

Maka dari sinilah kekuatan kata kunci ALT+ di kibod kamu. Untuk yang
menggunakan OS Windows pasti mudah untuk memahami teknik ini.

Caranya: ►mypassword◄ , sebelum masukkan perkataan yang kamu 
suka inputkan ALT+ 16 untuk pembuka dan seterusnya perkataan pilihan.
Jangan lupa tutupkan ia dengan ALT+17. Selepas ini dijamin
password anda bakal kebal dari digodam.

*Sila ke Alt Codes untuk rujukan lebih lanjut.

Friday, February 18, 2011

Terkini: Mike Patton sah terlibat dalam The Darkness 2












Berita baik utk pecinta Mike Patton dan Jackie Estacado watak
dari siri game & komik The Darkness. Siri sequel game yang dahulu
hanyalah eksklusif untuk konsol PS3 dan Xbox 360 ini juga bakal 
disediakan buat platform PC.

Mike Patton vox lagenda dari kumpulan Faith No More memang pernah
menyumbang suara sadisnya untuk watak² minion The Darkness pada 
siri game yang pertama.

Developer Digital Extreme (Dark Sector & Bioshock 2) mengambil alih
projek game ini dari Starbreeze telah menuang pelbagai janji manis untuk
memastikan sequel game ini mencatat jualan baik.

Khabarnya Paul Jenkins bakal menulis skrip untuk sambungan ini. 
Lebih baik kalau Garth Ennis yang menulis sebab Garth juga tak kurang
biadap & sadis.

Game ini bakal dijual pada musim luruh 2011 untuk PS3, Xbox 360 & PC.

*sumber berita dari destructoid

Thursday, February 17, 2011

Gig batal. Peminat Deftones Thai amuk!

















Malang betul peminat² Deftones Thailand. Tunggu dengan penuh
semangat di Thunderdome, last-last minit gig kena batal atas 
alasan yang cukup tak boleh diterima.

Menurut seorang saksi/peminat bernama Chantakahn Saetehn 
"Thailand memang perlukan konsert sebegini. Buat lepas tekanan. 
Ramai yang datang nak tengok & kecewa bercampur marah. Tetapi 
dari proses beli tiket sampai pengumuman pembatalan gig ini semua 
mcm tak masuk akal!

Rata- rata peminat marah kepada organiser sebab tak  professional 
terutama sekali tentang bab asas dalam menguruskan perjalanan 
konsert dari band import.

Bila baca berita macam ini, teringat balik kepada kes gig GN'R di St. Louis
pada 1991. Nasib baik  apa yang berlaku di Bangkok tak seteruk di  
St. Louis sebab tiada sapa yang cedera, ditangkap atau maut.

Pihak pengurusan Deftones dan organiser telah pun  memohon maaf 
serta berjanji untuk full refund.

Wednesday, February 16, 2011

Deftones Live @ KL ,14 Feb 2011

All Pix Credit: RN















You're ripe... you'll bleed out of control!!!

Out of 26 songs in their current setlist @ KL, the mighty Deftones didn't
play the ferocious Elite. The 3rd track from the invincible White Pony
Damn, that's the song that I've predicted could just literally tore down 
the old beat down f*cking venue to crumbles!

Never mind that though coz these mighty fine hombre's from 
Sacramento,U.S of A, really unleashed some nasty beasts from hell 
coming down & spook all of us (Deftones fanatics) with blistering force.

The intensity meter starts to broke down during My Own Summer
Oh man we scream & supported choirs for Chino until our brains 
started to melt with ecstasy!

From what I gather through Chino's expression & body languages. He is in 
absolute awe from this unstoppable support. He smirk, smile, jumped and 
throng to fans in the front non-stop. One thing remains,those sonic lung 
piercing  Chino's trademark SCREAAAMS  during Knife Prty. Man, what 
a piece of pipes & heavenly vox!

Overall, the sounds sucks big time! I can't hear Stef & Delgado's piece 
properly. Abe's drumming are like the thumping of the hammer of God! 
The lighting's are such a bore that you can only  photograph Chino in a
HD liquid crystal clarity.  Excluding other band members from the
lighting cues are part of the seven deadly sins, Fat Boys! 

* this short article is dedicated to the fighter Chi Cheng & family! please
visit one love for chi for donations!

Up close & screaming..!!















Chino never forgets his trusted Gibson's SG.















Delgado doing his wizardry.





















 8 strings mayhem!





















Sergio Vega mimicking Pat Smear's moves.

Thursday, February 10, 2011

21. M. Fazlu Rahman, pembuat gula pagoda.
















 .Berapa lama kerja di sini?
Sudah 3 tahun.

.Kamu asal dari mana?
Bangladesh. Kalau mahu ke kampung saya 5 jam naik bas 
dari Dhaka.

.Macamana boleh kerja buat pagoda ini?
Saya suka kerja sama saya punya boss.

.Ada kawan dari Bangaldesh kerja disini?
Tak. Cuma saya seorang saja orang Bangaladesh.

.Kamu tahu apa benda yang kamu buat ini?
Tahu. Ini Pagoda dibuat dari gula. Guna untuk
sembahyang orang Cina. Boleh juga buat makan.
Ini kayu acuan dibeli dari China & diukir tangan.

Wednesday, February 9, 2011

Round one, MPAA vs Hotfile


















Semboyan perang sudah pun berbunyi. Kali ini nampaknya Motion 
Pictures Association of America memulakan langkah pertama memerangi
hub download kendalian Anton Titov.

Selepas kecewa dengan perkhidmatan rapidshre, ramai pemuat turun 
berpaling kepada hotfile. Nampaknya arena pemuat turun/naik bakal
sekali lagi menerima konflik baru.

Baca pertuduhan oleh MPAA,  aku pemalas nak translate:
'The studios are suing Hotfile and Titov for direct infringement 
for unlawfully distributing copyrighted works, inducement of 
infringement, contributory infringement and vicarious 
infringement,for actively promoting, enabling and profiting 
from their users' copyright infringement. A civil lawsuit has 
been filed in U.S. District Court in the Southern District of 
Florida for damages and injunctive relief for violations under 
the United States Copyright Act of 1976.'

Ramai pemuat turun/naik aktif menggunakan khidmat hotfile atas sebab 
kestabilan & popularitinya yang mesra pengguna.

Pasti masa depan bakal kelam! Oh tidak. Untuk bacaan lanjut sila klik
ke BoingBoing

Tuesday, February 8, 2011

Titik temu: Jurufoto buta & pemain bass/vox Motorhead.

























Sedih sungguh psl berita kematian Gary Moore semalam, ubat dia 
tonton dokumentari berkenaan Lemmy. 1 jam 56 minit yang tak sia² 
sebab dokumentari selamba ini, betul punya genius.

Selesai menonton, ini rumusan dia: aku tak setuju dengan tagline 
resmi dvd ni. It should be  20% motherf**ker, 80 % total English lad!

Tetapi abaikan fakta tu, tak penting. Yang penting perwatakan Lemmy
really kills it in this doc.

Vimeo di bawah pulak, cerita pasal jurufoto buta bernama Pete Eckert.
Ini lagi satu kejadian ajaib sebab aku tak tau mcm mana, dia frame subjek dia.

Titik temu antara kedua-dua tokoh ini adalah walau dah berusia & sedikit
handicapped (Lemmy mangsa diabetik) mereka berdua hidup dan 
bekerja dengan cara tersendiri tanpa harap ehsan sesiapa. That should 
serve  as a motivation for me to drag my lazy ass to work harder 
this year!



Monday, February 7, 2011

Belesungkawa: Gary Moore, R.I.P [1952-2011]

Pix Credit: Sam Scott-Hunter

























Sebelum terjebak minat mendengar gitaris handalan lain
macam Vai, SRV, Slash, Jimmy Page dan Hendrix. Aku terlebih 
dahulu  cukup suka layan Gary Moore.

Gary antara gitaris handalan yang underated. Punya 
soul dan passion yang cukup berjangkit. Sentiasa kekal 
dalam otak  adalah lagu Parisenne Walkways. Walaupun satu
not, tapi Gary memetik Les Paulnya dengan penuh emosi.

Semalam 6 Februari 2011, Gary Moore tutup usia. Beliau 
ditemui tidak bernyawa di kamar mewah Hotel Kempinski
Malaga, Sepanyol awal pagi kelmarin.

Sebelum aktif solo, Gary pernah menganggotai Skid Row dan 
Thin Lizzy. Gary adalah seorang gitaris yang versatil kerana 
keupayaanya  menguasai pelbagai genre muzik dan tidak terhenti 
pada muzik blues saja.

Sedikit trivia, Gary bersahabat baik dengan gitaris 
Peter Green (Fleetwood Mac) dan membeli sebuah gitar 
Gibson Les Paul 1959 dari Peter. Gitar vintaj ini bernilai 
2 juta USD di acara lelong.

Selamat tinggal Gary, bersemadilah kamu dengan aman.

Sunday, February 6, 2011

Music-Man:Gamechanger, inovasi tercanggih teknologi gitar.














Sebagaimana Tom Morello mencenggangkan ramai pemain 
dengan teknik scratching gitar solonya serta usaha Steve Vai 
yang menghasilkan gitar 7 strings. Maka kali ini pembikin gitar
Ernei Ball Music-Man telah turut mencipta inovasi tersendiri
di dalam industri pembikinan gitar.

Produk terbaru yang bernama Music-Man Gamechanger bakal
mengubah kefahaman dan displin para pemain semua untuk
mencari & mencipta ton gitar!

Gamechanger menawarkan anda menyimpan dan berkongsi
tonaliti gitar anda di komuniti websitenya yang turut terdiri
dari pemain professional berkelas dunia seperti: Steve Lukahter,
Steve Morse, Tony Levin, John Petrucci
etc...

Untuk technical spec & harga, adalah disyorkan anda ke
Ernie Ball Music-Man

Inovasi sebegini adalah satu kemudahan buat para pemain semua
supaya tidak menyemakkan studio dan gudang mereka dengan gitar²
yang menjadi mangsa perangkap habuk. Untuk pemain yang aktif
touring, inilah jawapan kepada doa roadie supaya tidak lagi
terbeban dengan banyak kerja menjaga dan mengangkut gitar²
anda yang berat dan mahal itu.

Saturday, February 5, 2011

P.O.Teori Domino




Mind blowing stuff!! nuff said...

Akhirnya, Blogger app terbit untuk platform Android.

















Ia mengambil masa 3 tahun untuk Lebai Google menghasilkan
application ini. 

Kepada pemilik handphone Android yang mahu mencuba pengalaman
blogging di telefon bimbit maka anda boleh cuba.

Aku tak penah peduli sangat pasal platform OS handphone lain
mcm BB, Nokia ataupun Iphone sebab memang tak mampu.

App ini boleh diperoleh gratis dengan melawat ke Android Market.

Hopefully kalau dah free, janganlah ada banyak sangat bugs!
*sumber berita dari Ubergizmo*

Friday, February 4, 2011

Lupakan, tiada satu pun yang asli. Semuanya adalah hasil pinjaman.


Adalah satu perkara lazim didunia ini yang semua perkara yang kita
buat bukanlah original sangat. Banyak sangat terpinjam dengan berbagai² 
campur aduk budaya dan pengaruh dari sekeliling.

Kepada yang anal sangat nak mengaku yang dia adalah 
pemangkin/pencetus originaliti. Sila rujuk kembali daerah mental 
anda dan hentikan berbohong kepada diri anda sendiri.

Kenyataan diatas ditujukan kepada ramai penggiat seni yang perasan bagus!

Video diatas ini bukti muktamad bahawa seniman sejaguh Tarantino pun 
suka meminjam shot. Kodus untuk Robgwilson yang rajin mengedit & 
mengumpul  rujukan. Untuk info lanjut tentang gerakan video ini sila klik
sini.

Oh ya entri ini juga didedikasikan untuk editor filem kegemaran
Tarantino iaitu Sally Menke yang telah pun meninggal. Sally memang
setia dengan Quentin kerana telah banyak filem² QT yang disuntingnya.
R.I.P Sally Menke!

Lady Snowblood[1973] vs Kill Bill[2003]

Berita: Grafik Novel Habibi oleh Craig Thompson
















Akhirnya , Craig telah pun mendapat tarikh 21 September 2011 dari
penerbit  Pantheon sebagai tarikh terbitnya grafik novel hasil karya
terulungnya.

8 bulan dari sekarang terasa macam terlalu lama, tetapi tak boleh 
dibanding dengan usaha, kesungguhan dan ketelitian Craig untuk 
menyiapkan naskhah mahakarya ini.

Dipasarkan dengan harga $29.95 dan bakal berisi 672 mukasurat
hitam putih. Harapnya penerbit Pantheon boleh berbesar hati untuk 
merencana siri promosi jelajah jualan naskhah dengan membawa
sendiri Craig ke Asia. Paling lekeh, Singapura pun jadilah sebab
Neil Gaiman pernah juga singgah.

September juga adalah bulan kelahiran Craig. Terbitnya karya ini 
adalah seperti hadiah harijadi beliau untuk diri sendiri.

Terima kasih Craig!

Thursday, February 3, 2011

P.O Shinya Kimura, mekanik & pembikin motosikal 'custom'




Di padatkan selama 2.45 minit, Pengarah Henrik Hansen telah 
menonjolkan sisi kehidupan yang berseni. Meneliti dari hasil 
fotografi boleh ditebak yang D.O.P Adam Richards pasti 
menggunakan DSLR full frame produk Canon.

Shinya Kimura pula adalah seorang mekanik & pembina 
motosikal dari Jepun. Ada bakat dan visi, Kimura membangun
syarikat Zero Engineering & Chabott Engineering.

Kimura adalah pelopor gaya pembinaan motosikal custom 'Zero Style'.

Kini beliau menetap di Azusa, California meneruskan perusahaan &
 bersaing bersama²pencabar terdekat yang lain seperti Jesse James,  
Ian Barry & Billy Lane.

Hasil usaha beliau boleh juga disaksikan di dalam filem Iron Man.


Wednesday, February 2, 2011

EQUALITY on all crossplatform game titles! Esp Dead Space 2...

Pix credit: RN




















Dear EA/Visceral

I want you to know, that I am thrilled an excited to play the 
sequel of this great game & honestly feel proud that you
guys do ship it in time to all gaming consoles & PC's.

I'm on my second play through and enjoying every bits of 
tiny details in the game, especially for the audio design. It 
is also a leap above in the graphical dept as well. Kudos!!

Now for the frustrating part: PLEASE do treat us  (the PC GAMERS) 
equal rights to all it's benefits for  purchasing this great game. It seems 
our console playing gamers are benefiting more from you devs guys 
with much better & quality product than us the PC GAMERS.

The problems: From what I gather, for the PC gamers  there is a slight
problem in getting the 'Elite' suits even after  the second play. And don't 
forget there is also lack of support from the devs to 'reward' us with DLC's.

I hope you can rectify this problems in an immediate manner. 
While checking for the latest news update and official forum, 
you guys are racing to fix this problems. Thanks for the
acknowledgment and please STOP ripping us off!!

cheers
The PC GAMER.

http://www.petitiononline.com/ds2pc/petition.html