Thursday, March 24, 2011

Rhythm of the War Drums (prologue)

recommended read for these times.

























Finally & officially the 'war' had started. This time, there is no
time wasting and we can see the first gun fired.

In the times like these, both part will aggressively play their roles
to prove which are more worthy.

It is an ugly scene nevertheless because any wars will automatically 
created this unfavorable scene.

The latest brouhaha video-scandal are surely a juicy read by the 
detailed description it had being written on all over the media.

I'm sure the video lacked the impact of a good convincing title design.
Play over the Vimeo below for a crash course study on it's rich history
within the media realms.
   

A Brief History of Title Design from Ian Albinson on Vimeo.

Friday, March 18, 2011

Statistik setakat ini...

Di bawah adalah maklumat statistik terkini paca gempa & tsunami Jepun.
Angka² ini dipetik dari Agensi Polis Nasional, berikut adalah infonya:

Jumlah kematian: 5,692
Jumlah bgnan rosak: 76,000
Jumlah mangsa yang dipindah: 500,000
Jumlah mangsa yang hilang: 9,522

Statistik diatas adalah maklumat terkini setakat pada pagi hari ini 
(Jumaat) dari sumber  agensi berita China CNTV.

Dibawah adalah foto seorang teman dari Jepun yang bernama 
Tomoji Ozaki. Ozaki adalah seorang pemandu keretapi di Jepun 
& jurufoto sambilan.Foto ini dirakam bersama Station Master 
En. Zainol di sebuah stesen keretapi lama di utara semenanjung.

To Mr. Ozaki, I wish and pray for your safety. Please stay strong
in these times of trouble for your nation. I believe that you guys will 
overcome this tragedy with absolute resilience!

Pix credit:RN

Wednesday, March 16, 2011

M'sia proposed nuke plans: A big NO!

Petikan breaking news semalam oleh Malaysiakini














Hancur & luluh hati bila baca berita macam ini semalam. Marah
& rasa dikhianati pun ada.

Aku tak tau berapa kati punya kebebalan, tamak haloba, angkuh &
sombong yang terpalit dalam jiwa manusia yang bergelar pemimpin
disini.

Kalau baca news yang terkini, bertalu-talu cerita dan laporan
akan risiko kebocoran & bahaya kesan radiasi pasca tsunami yang
meletupkan kilang tenaga nuklear di Fukushima.

Apa betul ke kita memproses dan belajar sesuatu dari
malapetaka yang baru terjadi ini. Aku boleh faham setelah baca
satu artikel tentang dependency Jepun terhadap tenaga nuklear.
Tapi untuk berapa besar harga yang bakal dibayar jika tercetus
kejadian malang?

Jika terus juga dengan plan ini, pasti ada maloan & hubaya² yang bakal
dapat duit bergudang. Maka jika kejadian sebaliknya berlaku, akan wujud
blaming game yang akhirnya menjadi mangsa adalah...

Monday, March 14, 2011

1 Solidariti: Help Japan

























Poster cun ini adalah dari Designer James White.

Boleh dibeli di Signal Noise dan segala hasil pembelian 
bakal didermakan kepada usaha bantuan & sukarela.

Ayuh kita bantu!

Sunday, March 13, 2011

Zoy, so NOT cool!!

Catastrophe, is NO laughing matter!



















Inilah dia kayu ukur tahap kebebalan saekor seniman tempatan. 
Sebelum ini ada lagi seorang pelakon bebal yang tweet dengan 
mengunakan simbol yang sama.

Fikrah fikir seniman diatas memang GAGAL sebab berhumor tak 
kena tempat.

Tak tahu apa sebenarnya yang terlintas di dalam otak sipolan & team
editor yang sungguh tak punya sikap kepedulian & citarasa.

Pojok kartun paper Berita Minggu Ahad hari ini dah boleh jatuh kategori 
yang terbawah  dari yang bawah. Lebih baik pojok kartun 
The Sunday Star hasil Reggie Lee yang mantap dengan integriti.

Satu pesanan: kepada si polan, tolong sensitif kepada keadaan sekeliling &
jangan melawak tak kena tempat. The joke isn't funny Zoy!!!

Saturday, March 12, 2011

Pre 'Supermoon', Jepun dilanda gempa.

Pix credit:Reuters















Pada petang hari Jumaat, Pantai Timur Honshu Jepun telah pun dilanda
gempa bumi yang berskala 8.9 richter & turut mencetuskan tsunami 
setinggi 30 kaki.

8 hari sebelum berlakunya fenomena 'Supermoon' telah pun terjadi satu 
malapetaka yang menyayat. Itu belum tahu lagi apa yang bakal berlaku
pada 19 Mac depan.

Akibat gempa di Jepun, dikhuatiri seramai 1000 nyawa menjadi korban.
Kesan domino akibat kejadian ini telah pun terpercik dengan kabarnya
harga minyak bakal naik, dagangan mata wang & saham bakal jatuh etc...

Salam takziah kepada semua warga Jepun yang kehilangan saudara, rakan
taulan & keluarga yang tercinta.

Google dengan pantas telah pun mendirikan satu enjin carian untuk 
mencari warga yang hilang. Sila klik di
Person Finder:2011 Japanese Earthquake.

Friday, March 11, 2011

Inspired by Iceland


















Kalau mention Iceland, hanya satu imej saja yang muncul iaitu Bjork

Vokalis Bjork  adalah seorang warganegara Iceland yang paling
menonjol kerana kelaku essentriknya &  keganasannya menumbuk
wartawan Thailand.

Kenal negara ini pun dari minah Bjork ini. Tapi aku yakin banyak 
lagi imej & mercu tanda yang boleh menjadi trademark Iceland.

Terjumpa satu vimeo yang katanya saheh dibikin oleh kementerian
pelancongan Iceland. Maka setelah selesai menonton, wajib sekiranya
setiap tourism negara dunia² ketiga jadikan ia sebagai benchmark.

Aku jamin masa kamu selama 2.34 minit tidak sia² jika melayan vimeo
yang bagus ini. Cuba beri perhatian lebih sikit pada minit 1.14. Masyuk!


Inspired by Iceland Video from Inspired By Iceland on Vimeo.

Wednesday, March 9, 2011

The Dark Side of The Moon.

A Trip To The Moon [1902]














Oh tidak, tajuk entri ini bukanlah satu ode kepada judul album 
tersohor Pink Floyd. Tapi memang sungguh bulan ada sisi gelap
yang boleh mengancam.

Tiba tarikh 19 Mac depan, jarak kedudukan bulan akan hampir
dengan bumi. Fenomena ini digelar 'Supermoon' dan apabila ini
terjadi maka bumi bakal ditimpa malapetaka.

Kejadian seperti ini pernah direkod pada 1955,1974,1992 dan 2005.

Menurut laporan fenomena ini boleh menyebabkan terjadi bencana
alam seperti tsunami, gempa bumi & perubahan cuaca yang ekstrem.

Roger Waters, kamu seolah² telah pun meramal & meyakini 
fenomena ini. Come 19 Mac ini diharap semua penduduk bumi
berhati-hati.

Tuesday, March 8, 2011

Sabda retorik






































[-] Sejernih biru lazuardi.

Cheers,
Lebai G

Thursday, March 3, 2011

TED 2011:The Rediscovery of Wonder


















Bermula 28 Feb hingga 4 Mac berlangsunglah sidang TED di 
Long Beach, California. Persidangan cool lagi IN ini adalah satu
fenomena perhimpunan manusia dari strata spektrum sosial.

Selama 5 hari,Tedsters dimanjakan dengan perlbagai siri demonstrasi,
persembahan & pidato dari sudut ilmiah, akademik dan aestetik.

Dah lama berangan kalau berkemampuan,  teringin menghadiri
walau hanya satu hari persidangan. Tahun ini ramai tokoh² yang turun.

Antaranya adalah : Julie Taymor, Roger Ebert, JR, Bobby McFerrin
Bill Gates dan ramai lagi.

Andai anda rasa kempunan & teringin juga nak join, bolehlah lebih 
kurang menghadiri TEDx yang khabarnya bakal singgah di KL & Ipoh.
Maklumat lanjut sila klik sini.