Thursday, November 10, 2011

A Perfect Circle - By and Down

















 Kugiran America ini tak pernah mengecewakan. Setiap apa yang mereka
terbitkan pasti ada sesuatu yang mencengkam.

Klip audio diatas adalah lagu terbaru mereka yang belum lagi 
diterbitkan di mana² album ataupun mendapat sentuhan 
kualiti studio rakaman.

Lama sangat mencari dan menyelongkar di web, dan hanya inilah sahaja
hasil yang terbaik aku dapat. Aku sendiri pun impres dengan uploader
Stinkfist43 di youtube ni. Dari mana sumber yang dia godek, aku pun 
tak tau. Tapi memang terbaik!

Setelah mendengar berulang² kali lagu ini, boleh dirumuskan APCadalah
sebuah kumpulan yang tiada tandingan. Baik dari segi teknikal dan 
konsep, Billy dan MJK telah menatang ideologi band ini bagai minyak 
yang penuh.

Dah tak mahu puji banyak², sila klik dan hayati lagu ini semahu mungkin
sampai lemau. Bajet² album baru mesti keluar tahun depan.

Wednesday, November 9, 2011

Beyond The Game, dokumentasi video game

"Dah tua² pun main video game lagi!" itu satu ekspresi yang selalu aku 
dapat dari sedara-mara dewasa yang cukup jelak dengan tabiat yang 
satu ni.

Dah sampai peringkat kritikal begini, aku tadak usaha pun nak tinggalkan
tabiat ini dan langsung tak amik port kalau ada yang tak puas hati.

Vimeo diatas adalah satu usaha murni kolektif AnimatronicAckbar 
yang ingin mendokumentasikan tabiat dan progresi evolusi permainan 
video di era moden. Trailer yang cun, syabas Ian!

Jika anda bermurah hati ingin menyumbang derma kepada Ian Santer
& konco² silakan ke Kickstarter. Zaman corporate begging telah pun
tamat dan kini sesiapa sahaja boleh membantu funding sebarang projek
yang berpotensi.

Foto dibawah adalah satu hall of fame konsol permainan video oleh
seorang gamer dan peniaga game di Komtar. Dia mendakwa, semua 
permainan konsul di dunia ini dia ada dan ini hanyalah sebahagian kecil.

Tuesday, November 8, 2011

Joel Bukiewicz, pembikin pisau


Made by Hand / No 2 The Knife Maker from Made by Hand on Vimeo.

Layan betul dokumentari pendek macam ini. Jarang² sekali
terfikir macam mana proses pembuatan pisau dari tangan
sang artisan. Memang betul² unik!

Boleh sahaja ke Made By Hand untuk terus melayan episod
berikutnya tentang pekerjaan unik manusia² yang membikin 
produk dengan tangan.

Joel Bukiewicz adalah pemilik perusahaan Cut Brooklyn yang 
berpusat di New York. Cita² asalnya adalah mahu menjadi 
penulis kreatif tetapi terbantut kerana kegagalannya sendiri.

Gerenti masa 10 minit kamu berbaloi jika mampu melayan
dokumentari unik ini. Terima kasih Keith Ehrlich kerana
enggan mengikut kelaziman.

Saturday, November 5, 2011

Ulangtahun ke -20 'Acthung Baby'






















1994 adalah tahun album ini aku beli. Waktu itu ramai sangat yg syorkan
The Joshua Tree, tapi aku buat pekak. Memang berbaloi sebenarnya 
sebab Bono, The Edge, Adam dan Larry merumus bunyi format masa depan.

Bono berpendapat "Acthung Baby is the sound of four men chopping
down The Joshua Tree”.

Sempena 20 tahun, U2 menerbitkan dan menjual kembali album ini versi
ulangtahun dengan pelbagai juadah seperti 6 CD, 4 DVD dan satu buku
dokumentasi berjumlah 92 muka yang byk menampilkan foto Anton Corbijn