Sunday, December 11, 2011

Viral - Immigrant Song [OST TGWDT]



Muzik video diatas hanyalah mampu datang dari kocakan idea aneh
David Fincher & Trent Reznor sahaja. Super close-up shot, obscure
subject matter - memang khas identiti dari mereka berdua.

Muzik hasil terbitan Trent bersama Atticus Ross dan menampilkan
Karen O. Lagu ini telah dimahsyurkan oleh Led Zeppelin kerana
drum beat yang cukup tersendiri & iconic. Bonzo mmg tiada tandingan!

Saturday, December 10, 2011

1Q84






















Buat peminat penulis Murakami, buku terbaru beliau kini sudah 
di pasaran tempatan & boleh dibeli dengan diskaun 20% @ Borders.

Malah di sebalik itu, dengan pembelian buku ini di Borders kamu 
layak memasuki peraduan '1Q84' yg menawarkan hadiah utama 
2 hari ke Haneda, Jepun, tiket tajaan Air Asia.

Peraduan tamat 31 Disember ini. 

Tak banyak yang boleh diulas tentang novel terbaru ini melainkan
kepada yang sudah terbiasa dengan tulisan Murakami pasti akan
terjumpa beberapa persamaan watak & perwatakan, seksualiti,
misteri, lokasi serta beberapa metafora kata yang tajam.

Buku yang wajib untuk peminat sahaja. Patut untuk harga, masa
dan fokus yang dijanjikan.

Friday, December 2, 2011

The Raid Extended Trailer




Filem Indo-aksi terbaik tahun 2012!! Buah tangan Gareth Evans ini begitu
padat dengan aksi pertarungan/ganas 1 take yang meletup.

Bakal menjadi filem yg berpotensi mendefinisikan keganasan di sinema.

Terkini :menang Midnight Madness audience prize di Toronto 
International Film Festival

Diterbitkan oleh Sony Pictures Classic dan bakal main di pawagam pada 
musim luruh di Amerika.